Nuffnang Ads

Thursday, November 12, 2015

Day 5 : Queenstown – Coronet Peak – Lake Wakatipu – Te Anau

DAY 5: 18.09.2015 (Queenstown - Coronet peak - Lake Wakatipu - Te Anau)

“Travel has made me more aware of me. I learn more about myself while on the road than anywhere else. It given me the: I can make it happen attitude” – Jessica Johnson

As usual, sebagai ibu yang membawa anak-anak travel bersama, I woke up early that morning untuk prepare roti and baked beans for our breakfast and later, Mr. Husband called NZone office at 8.00am and according to them the weather was good that day (Alhamdulillah!). So kami kena ambil taxi at 8.45am straight to the Dropzone. The Reception was kind enough to call a taxi for us and we waited at lobby for the taxi to arrive. The taxi costs us NZD70 for one way. It took about 20 minutes drive from Queenstown Lakeview Holiday Park to the NZone’s dropzone office. The taxi driver berasal dari France and banyak juga kami bercerita sepanjang jalan tu. Actually dia pun hairan kenapa NZone tak bagi kami naik shuttle sebab dia pun tak provide for any car seats even kami ada kids. Kami pun tak pasti but that was the arrangement made with us earlier dengan NZone office masa booking slot for skydiving.

Bila sampai sana, we were greeted by NZone staffs dan kami dah teruja sangat masa tu. Memang betul-betul adrenaline rush even belum suit up pun lagi. Hahaha. Kami sempat jadi spectator untuk 1st batch punya skydive. We were more than happy bila ada staff kat situ offer to look after our kids sebab according to them it would be more fun to be in the same flight. Kami tanya Khayra and she agreed to stay with the staff and promise akan lihat kami turun dari padang depan office tu. Then bila tiba our turn untuk nak bersiap pakai full suit attire tiba-tiba kami dapat berita that the weather was not good and ALL sessions for that day had to be cancelled T__________T

Kecewa sangat masa tu. Ada another 3 couples yang sama session dengan kami pun nampak frust. We had no choice but to get back our refund sebab hari yang sama nak gerak to another destination. Malam tadi ada Nik Fara WA aku bagitau tentang ramalan Tsunami, so kami pun cuak juga dan doa banyak-banyak. Kami balik semula ke NZone office naik shuttle mereka sebab they did understand kami punya frustration so they just allowed us naik shuttle malah they offered to send us straight to NZone office. Apa nak buat, bukan rezeki kami untuk skydive di Queenstown


Across the road adalah dimana terletaknya NZone Office
(Ini bergambar lepas kecewa kali kedua tak ada rezeki nak skydiving T____T)

Oh, the cost for Skydive adalah NZD299 per person for 9,000ft (Troposfear/200kph - lowest) and bila kami checked in for registration, they offered us for upgrade to 15,000ft (Exosfear/200kph - highest) (original price: NZD439 per person) where we had to pay an additional NZD40 only per person. So we agreed. So total cost for both of us including the upgrade adalah NZD678. The medium height adalah 12,000ft (Stratosfear/200kph) and cost about NZD339.

Bila sampai semula di NZone office and got back our full refund (we paid by cash), we went to shop for souvenirs kat kedai Budget Souvenirs (tapi DF Souvenirs lagi best for me) just across the NZone office, konon-konon untuk mengubat luka dihati bahahaha. 


Next, we headed to O’ Connells Mall for early lunch at Turkish Kebabs (Halal). Masa nak order for our lunch, Hafiya nak aiskrim tapi sebenarnya dia suka ice cream cone je, so kami requested nak beli cone only tapi mamat tu baik hati bagi 2 ice cream cones free kat Khayra dan Hafiya – rezeki, Alhamdulillah. Kat sini juga, I shared location untuk Nik Fara memandangkan dia akan tiba petang sikit di Queenstown. Then kami terus balik ke Queenstown Lakeview Holiday Park untuk packing sikit-sikit then at 12 noon kami bergerak ke Coronet Peak for snow play. 


At the entrance of Queenstown Lakeview Holiday Park


My lil darlings yang excited nak ke Coronet Peak (dan tak mengetahui ibubapa mereka tengah frust tak dapat Skydiving. Tsk. Bahahaha!)


Jalan menuju ke Coronet Peak

Kami diberitahu bahawa jalan ke Coronet Peak lagi sesuai untuk Motorhome compared to jalan ke The Remarkables. Actually jalan nak naik ke Coronet Peak tu agak scary sebab jalan yang meninggi ke atas dengan ada jalan dengan railing rendah kat tepi dan ada jalan tak ada langsung railing tepi di mana sebelah tu memang gaung. Scary! Tapi nasib baiklah my husband tak gayat ke apa and steady je drive sampai atas. Kalau aku dah nangis kot kat tepi tu nak drive naik atas. Tak sanggup den! It took about 20 mins from our holiday park to Coronet Peak and about 15km away. 


As you can see, ini gambar dari tempat parking dan ada tangga belakang Khayra yang kena mendaki ke atas untuk ke snow area.

Masa sampai kat Coronet Peak tu nak cari parking kat atas dah penuh so kami kena maneuver Motorhome tu (my husband lah dan aku jadi tukang tengok sides je, huhu) ke parking bawah sikit sebelum berjalan / mendaki naik tangga to the main entrance. 



At the entrance of Coronet Peak. Selamba minta tolong mamat yang tengah baiki jalan tolong tangkap gambar kami. Nasib baik dia sporting! Haha.


Trail ski at Coronet Peak





Khayra (R) – my eldest, my good girl, my sweetheart
Hafiya (L) – my bongsu (hehe!), my cheeky girl, my penghibur 


Sampai je kat dalam tu jakun sikit tengok snow depan mata. Haha. The kids dah happy happy happy tak sesabar nak main dan siap nyanyi lagu Frozen bagai dah. Tak sejuk pulak diorang ni tapi aku dah menggigil kat situ. Sempat juga buat mini Olaf dan snow balls and they really had fun. 



Masa kami macam dah agak-agak nak balik tu tiba-tiba snow turun ya Allah rezeki kami dapat merasa snow turun dari langit haritu. The kids siap amati the snow flakes hahaha. Diorang ingat macam betul-betul bentuk gambar snow flakes tu agaknya. Kihkih. 


Snowing :D



Beloveds 



Do you wanna build a snowman?




Happy faces of my lil darlings :D



Khayra siap main snow slides. Beku beku beku sejuk. Tu je aku rasa. Haha.



Rezeki Allah bagi kami merasai snow. Allahuakbar.

(Walaupun tak ada rezeki untuk skydive, Allah bagi rezeki lain)

Dah suka suka suka tengok snow flakes bagai baru tersedar yang bahaya tak agaknya kami nak turun nanti (risau jalan licin dan kena pakai snow chains) dengan Motorhome tu ke bawah semula. Baru sedar diri dan start berdebar. Hehe. Then masuk restaurant for toilet break and kami nampak rainbow dari atas tu yang sungguh indah, Subhanallah. Kami lek lek dulu tunggu snow reda sikit baru start jalan ke tempat parking Motorhome kami dan drive slowly turun ke jalan bawah menunju ke main road.

Alhamdulillah semua OK dan kami terus menuju ke Lake Wakatipu about 15 mins drive dari jalan bawah Coronet Peak tersebut. We had photoshoot sekejap tanpa anak-anak sebab they both dah tertidur letih main snow agaknya, sebelum solat dan terus bergerak ke next holiday park iaitu Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park (183km / 2 hour 17 mins drive). Sebelum tu kami refill diesel dulu (NZD39.50).


Lake Wakatipu

We arrived at Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park around 7.40pm and it was raining. Sejuk gigil weh. Then I prepared for our dinner that night: nasi putih, tomyam seafood, telur dadar and hash browns. Malam tu kita call parents di Malaysia tiba-tiba rasa sedih homesick. Kahkah. Sebelum tu memang tiap-tiap hari ber-Whatsapp tapi bila dengar suara lagi rindu, alah drama betul perempuan ini.

Di Te Anau ni dia bagi free Wifi 500mb tapi tak sempat pun nak utilized sebab banyak benda nak buat dan yang paling penting adalah, nak tidur. Haha. Oh, kami guna dryer sekali lagi di Te Anau and it cost us NZD4 sebab baju kurang kering masa kat Queenstown and we thought it was because the laundry room closed at 11pm and tutup sekali semua suis agaknya T____T

Stay tuned for my next entry.


No comments :